Memaparkan catatan dengan label IDEA PERNIAGAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IDEA PERNIAGAAN. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Februari 2014

Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Membongkar Rahsia Buit Duit 

 RM 1500-RM 4500 SEBULAN 

dengan  Bisnes Baju Kurung!

borong baju kurung,baju kurung moden,bisnes baju kurung,perniagaan

✔ TANPA Perlu Menjahit!

✔ TANPA Perlu Beli Mesin Jahit!

✔ TANPA Perlu Upah Tukang Jahit!

✔ TANPA Perlu Buka Butik atau Kedai!

Menjawab Soalan Terpenting Dalam Lubuk Hati Anda!

1. Bagaimana nak mula?

2. Berapa modal permulaan bisnes baju kurung?

3. Nak jual baju kurung dimana?

4. Nak jual pada siapa?

5. Berapa keuntungan bersih setiap jualan?

6. Bagaimana nak dapatkan supplier/pembekal?

7. Bagaimana Ingin Mengenali Jenis Baju Kurung?

8. Berapa harga perlu dijual di pasaran?

9. Ramai orang jual baju kurung, boleh ke baju kurung saya laku?


Klik link dibawah untuk baca lanjut Pakej dan buat tempahan :




buat duit dengan bisnes baju kurung

Sabtu, 10 November 2012

Bagaimana Memulakan Perniagaan Dengan Memborong Dari China


Sila pastikan anda membaca
sampai habis jika anda ingin
Mengetahui Mengapa Kita Perlu
Memborong Barang dari

======================

Mengapa orang kita selalu dimomokkan dengan
perkara-perkara berikut bagi barangan Made In China?

borong barang china
1. Alahhh, barang China ni cepat rosak lah!
2. Susah nak cari spare part kalau rosak.

...sehinggalah anda mempunyai persepsi buruk
terhadap barangan buatan China.

Mengapa perkara terus berterusan?
Sehingga dengar sahaja barangan buatan China
anda terus mencebik bibir. Tak ada klise!

Sebenarnya, persepsi ini terus disuntik oleh
tauke-tauke besar import dari China supaya
ramai yang tidak bongkar pembekal barangan
mereka.

SEDAR TAK SEDAR..

Barangan yang anda gunakan sekarang pun
sebenarnya Made In China. Cuba check
mouse (tetikus)/ lap top (termasuk Apple)
anda sekarang. Cuba cari tulisan 'Made in China'

Keyboard Vacuum cleaner  from china

Mengapa mereka terus sembunyikan perkara ini?

Untuk mengetahui lebih lanjut.




p/s: Sila SHARE pada rakan2 FB anda.

Ahad, 2 Januari 2011

Bagaimana Berniaga Baju T-Shirt Muslimah Tanpa Stok



Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Permintaan terhadap baju t-shirt Muslimah semakin meningkat.Saya cuma tahu mengenai baju Muslimah semasa saya belajar di UUM dan memang ada agen di situ.Saya juga ada sepasang baju dan saya belikan untuk emak  saya.Semakin ramai Muslimah yang ingin menutup aurat maka secara tak langsung permintaan terhadap produk-produk Muslimah turut meningkat.



JANA 5 ANGKA DENGAN HOMEMADE COKLAT


Persoalannya:


  • Kat mana nak cari pembekal T-shirt Muslimah ni ?? 
  • Berapa modal yang diperlukan ?
  • Jadi pemborong atau pengedar atau jadi agen? 
  • Berapa banyak stok yang perlu kita simpan
Jawapannya :


  • Ada.guna online jer
  • Nak jadi pemborong boleh,nak jual secara runcit pun boleh (pilih jer mana satu)
  • Tak payah simpan stok.Promote jer
Jadi tunggu apa lagi.Jom join EdyMart .Miliki kedai online dan boleh terus berniaga dalam masa 5 minit sahaja.
Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung

Selasa, 28 Disember 2010

Bagaimana Berniaga Online Dengan Murah dan Mudah

photo from freefoto.com






Salam sejahtera kepada usahawan, samaada bakal usahawan ataupun bakal jutawan.Saya akan bentangkan konsep prasarana yang cuba di tonjolkan dalam Edymart.Kita seringkali di uja oleh kenyataan yang menyatakan 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.Dalam konteks ini, EdyMart tidak terkecuali terpanggil dengan pengujaan tersebut.


Bagaimanapun, Sebelum kita pergi lebih jauh konsep perniagaan melalui Edymart ini, adalah lebih baik kita meninjau bagaimana pengoperasian perniagaan secara konvensional dijalankan.Secara umumnya pengoperasi  sesuatu perniagaan , berlaku di mana pengilang telah meletakkan nilai tambah yang kemudiannya  di pasarkan kepada pengguna.Dalam aliran pergerakan produk, pihak-pihak yang terlibat adalah, pengimport, cawangan2, pemborong, pengedar dan peruncit-peruncit.

Persoalan pertama, apakah nilai harga yang terbaik boleh di berikan kepada pengguna? Jika produk tersebut telah melalui beberapa tahap di mana setiap peringkat telah mengambil keuntungan yang sehingga menyebabkan harga produk itu meningkat…



EdyMart kurangkan tahap pengambilan untung:

Dalam konteks pemasaran pula, kita semua sedia maklum fomula yang mudah, lebih ramai pembeli akan memberikan lebih banyak keuntungan oleh  peruncit .

Persoalan kedua, seramai mana peruncit mampu menerima pelanggan yang ramai dengan saiz kedai yang kecil.Mampukah peruncit tersebut  menyediakan satu ruang kedai  untuk berjuta-juta pengguna dalam satu masa dengan kos yang rendah?

Bagaimana kita boleh dapatkan produk yang kosnya rendah dan menjualnya dengan harga yang murah tetapi masih dengan keuntungan yang seajarnya.  Juga ditekankan bagamaina untuk memasarkan produk kepada pelanggan seramai mungkin dengan kos pemasaran yang murah.

EdyMart mengurangkan kos pemasaran:


Dengan kata lain, bagaimana kita nak menjual lebih kepada lebih orang dengan kurang kos dengan menggunakan masa yang sedikit…

Jawapannya…kita memerlukan teknologi…
Dari sinilah tercetusnya idea kelahiran konsep yang di bawa oleh edymart….
Edymart pada umumnya cuba untuk berkongsi perniagaan, berkongsi keuntungan dan berkongsi kejayaan…

Melalui Edymart kita telah mengurangkan tahap2 pengaliran produk dengan hanya meninggalkan pengimport, pengedar dan pengguna.

Malahan edymart juga menyediakan prasarana perniagaan melalui internet di mana pengedar tidak memerlukan kedai dan tidak perlu menyimpan stok.

Sila klik  untuk lihat pelbagai kelebihan menjadi Pengedar Edy Marketing.



Ahad, 7 November 2010

5 Idea Perniagaan Musim Cuti sekolah

Credits to Vectorise Loogoo


Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi .Jadi ibu bapa  mesti tengah merancang apa aktiviti musim cuti sekolah akhit tahun 2010 ni kan. Bagi mereka yang bijak mengambil peluang sebenarnya banyak aktiviti perniagaan yang boleh dijalankan waktu cuti sekolah ni.


Kerja Kahwin

 Waktu cuti sekolah mesti ramai yang nak kahwin kan jadi perniagaan yang berkaitan macam catering untuk perkahwinan,andaman atau solekan untuk pengantin ,khemah dan kerusi ,kad kahwin,hantaran dan macam-macam lagi.Pendek kata perancang perkaheinan,catering,mak andam adalah orang yang paling sibuk sekali dalam bab-bab kahwin ni. Bagi sesiapa yang nak kahwin tu rancanglah perbelanjaan anda dengan berhemah ok.

Kelas Tambahan/Tuisyen
Bagi para pelajar universiti yang dah habis semester mesti sedang merancang nak buat apa cuti ni kan. Apa kata buat kelas tambahan untuk budak-budak sekolah.Kalau satu subjek RM20 untuk seorang ,kalau 5 orang dah RM 100.Kalau sehari ajar 5 orang ,seminggu boleh ajar 35 orang. RM 20 x 35 = RM 700.
Ni baru satu subjek jer cuba bayangkan kalau ada yang amik lebih dari satu.Bayangkan.......$$$$$

Baby Sitter
Kat mana agaknya ibu bapa nak letak anak-anak diorang masa cuti sekolah ni ?Nak hantar kat kampung kesian pulak  atuk dan nenek yang dah tak larat tu kan.Apa kata anda jaga budak-budak yang tengah cuti ni.Kalau both parents bekerja takkan nak cari orang gaji untuk sebulan lebih kan ? Lebih baik cari  baby sitter  yang  boleh tahan dengan perangai budak-budak. Ingat tu ...YANG BOLEH TAHAN...

Camping
Sekarang ni bila bukak surat khabar je dah ada iklan summer camp sana sini.Jadi sesiapa yang memang bekerja dalam bidang ni pasti akan sibuk dan banyak la tempahan untuk aktiviti-aktiviti musim cuti sekolah. Bagi mereka yang ada kepakaran dalam aktiviti lasak boleh anjurkan kelas atau kursus untuk budak-budak sekolah atau pelajar-pelajar universiti yang akan cuti tak lama lagi.

Cuti-Cuti Malaysia
Dah nama pun cuti sekolah maka aktiviti makan angin pasti ada dalam perancangan ibu bapa.Bagi anda yang tinggal di kawasan kampung boleh jadikan rumah anda sebagai homestay dan rancanglah aktivit yang sesuai untuk para pelancong tak kiralah pelancong tempatan atau luar negara.Homestay bukan setakat rumah kampung  jer tapi rumah teres pun boleh,Saya sendiri menyewa rumah teres sebagai homestay ketika pergi ke Kedah baru-baru ini.Yang penting pastikan tempat tinggal untuk homestay tersebut selamat untuk didiami dan sediakan tempat yang selesa .

Sebenarnya banyak lagi aktivit perniagaan waktu mudim cuti sekolah ni.Cuba anda fikirkan apa yang anda nak buat dan kita share sama-sama ok



Jumaat, 13 Ogos 2010

Perniagaan On-Line Satu Penyelesaian

Baru-baru ni kita sering terbaca di akhbar mengenai pelbagai masalah peniaga di Alamanda,Komtar Pulau Pinang dan masalah tapak bazar ramadan yang sangat terhad. Pada pendapat saya masalah ini dapat dikurangkan dengan berniaga secara on-line. Perniagaan berbentuk on line memerlukan modal yanng minimum tetapi memerlukan kemahiran mengenai komputer dan internet.


Namun masalah ini dapat diatasi jika kita mempunyai minat untuk belajar perkara baru dan tidak takut untuk berhadapan dengan perniagaan jenis baru. Mungkin mereka sudah biasa berniaga secara konvensional maka mereka yang mempunyai pengetahuan perlu membantu para peniaga ini untuk memulakan perniagaan secara on-line.  


Tiada gunanya kita bertegang urat dengan bahagian pentadbiaran kompleks membeli-belah kerana mereka juga menjalankan perniagaan seperti peniaga-peniaga yang lain.Mereka juga mahu mendapat untung dari setiap kedai yang disewakan.


Para peniaga perlu mengubah cara perniagaan untuk memastikan mereka boleh survive dalam perniagaan yang semakin mencabar pada hari ini.

Sabtu, 24 Julai 2010

GUNAKAN fACEBOOK ANDA KE TAHAP MAKSIMUM

                                            

 

Eh apa kena mengena beg ni dengan facebook yer.Entry kali ni pasal berniaga kat facebook.Sekarang ni saya tgh jual beg kat facebook .Kenapa kat facebook??

1- upload banyak gambar dan boleh tagged kepada kawan2 saya
Seperti yang kita tahu bukan kawan kita jer yang dapat tengok gambar-gambar ni tapi kawan kepada kawan kita pun dapat tengok jugak .Jadi kebarangkalian untuk produk anda dilihat oleh ramai orang adalah sangat tinggi.

2- Personal Message
kalau pelanggan kita hantar messag kita boleh berbual dengan lebih peribadi selain message kat facebook lebih mesra pelanggan.

3-  Kos Promosi yang murah
Facebook membolehkan kawan kepada kawan anda melihat produk anda maka anda tak perlu bayar lebuh untuk kos promosi.


Jadi gunakan facebook anda dengan tahap maksimum melebihi 100% boleh tak.Kalau anda tak percaya cubalah.






Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...