Memaparkan catatan dengan label FILEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FILEM. Papar semua catatan

Sabtu, 27 April 2013

Iron Man 3-Apa Kesudahannya

Aah puas rasanya dapat tengok Iron Man 3 malam ni.Orang lain sibuk dengan PRU 13 tapi LF sibuk ngan Iron Man.Kadang-kadang kita perlukan sedikit hiburan.Anyway 5 Star from LF untuk Iron Man 3.Tapi serious nak tengok lagi.

little fairuz -iron man
Yang mana lagi hensen??


Tengok cerita Iron Man 3 ni kita boleh belajar banyak benda .Fikir yang positif ok jangan fikir yang negatif pula.Walaupun Iron Man cerita rekaan sahaja tapi mana tahu satu hari nanti bakal ada anak muda yang mampu buat lebih baik dari Tony Stark.Semoga bakal ada anak Malaysia yang pintar dan boleh membantu agama dan negara Insya Allah.

Part yang paling best sekali time robot-robot Iron Man datang tolong Tony Stark kat kapal tu .Tak sempat nak kira berapa banyak robot yang ada tapi setiap robot ada kelebihannyaSiap ada nama lagi tapi sorry sebab LF tak ingat .

little fairuz -iron man
Sebahagian Robot2
Yang paling sedih sekali bila girlfriend dia terjatuh dalam api.Arrrghhh kenapa hero tak dapat selamatkan dia.

Tapi dot dot dot ,ada cerita lepas tu.

Kesudahannya emmm Tony Stark selamat tapi dia kena buat operation dan LF ada instinct yang akan ada sambungan lagi untuk cerita ini.

p.s Kepada yang belum tengok sorry LF spoilkan untuk korang.Have a good day everyone :)

Rabu, 27 Jun 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2 November 2012

Tak sabar rasanya nak tengok Breaking Dawn Part 2.Dah tengok trailer kat youtube tapi tetap tak puas jugak.Kenapa la lambat sangat kan.Walapun tinggal 5 bukan sahaja lagi tetapi penantian itu satu penyeksaan.Antara pelakon yang paling ditunggu tentunya Jacob.Sebelum saya merepek lebih panjang lagi apa kata anda tengok trailer di bawah ni.Walaupu dah tengok ulang tayang semula sampai cerita ini dimainkan di Malaysia .


 

Rabu, 13 Jun 2012

Snow White and The Huntsman : Antara Cerita Dongeng dan Realiti

     Baru hari ini dapat peluang menonton cerita Snow White and Huntsman bersama-sama rakan sekerja. Dari cerita dongeng yang biasa dibaca menjadi satu filem di luar kebiasaan.Rasas teruja sambil meneliti watak dan jalan cerita seorang wanita ( Kristen Stewart) yang bangkit menentang kekajaman wanita ( Charlize Theron)yang telah merampas tahkta ayahanada yang tercinta.

         



Selaian itu,kecintaan wanita pada kecantikan yang hakiki dan immortaliti sehingga sanggup membunuh nyawa yang tidak berdosa semata-mata ingin kekal cantik dan menarik hanya untuk diri sendiri.Rasa kasih dan sayang antara adik beradik sehingga si adik sanggup melakukan kerja kotor untuk kakaknya tetapi kakaknya tidak dapat membantu adiknya sendiri kerana dia tidak terdaya.

Jika kita lakukan refleksi terhadap diri sendiri,tentu kita dapat melihat watak-watak ini dalam kehidupan kita seharian.Adakah kita selalu menurut perintah atau cuba menegakkan kebenaran dengan cara kita sendiri?Adakah kita akan sentiasa muda jelita dan menolak hakikat bahawa setiap hari kita menempuh hari tua yang mematangkan usia dan fikiran kita.

Perjuangkanlah yang benar dengan cara yang halus dan memberi impak positif bukan saja pada diri  sendiri malah pada bangsa dan negara bukan cara dengan berperang kerana kita berada pada zaman yang penuh dengan ideologi palsu.


Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...