Jumaat, 6 Mei 2011

Bagaimana Memulakan Perniagaan Coklat Buatan Tangan




Akhir-akhir ini semakin ramai yang berminat dengan perniagaan coklat buatan tangan atau homemade chocolate.Jika anda berminat dalam perniagaan dalam pernigaan coklat buatan tangan,anda perlu melakukan kerja rumah dulu.Bukan pelajar sahaja yang perlu buat kerja rumah tapi mereka yang ingin memulakan perniagaan perlu melakukan kajian terperinci sebelum memulakan apa sahaja bentuk perniagaan.






Saya senaraikan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk memulakan perniagaan coklat .



  • Jika anda serius dalam perniagaan anda perlulah mendaftar perniagaan anda.Langkah ini penting untuk mengelakkan anda dikenakan tindakan oleh pihak yang berkuasa.Carilah nama perniagaan yang dapat menonjolkan keunikan coklat anda supaya pengguna dapat mengingati jenama coklat anda.Ambil contoh bagaimana jenama besar mencipta nama walaupun mengambil masa untuk terkenal.
  • Jika anda baru dalam perniagaan coklat,anda boleh bermula dari rumah anda sendiri.Jika anda sudah mempunyai modal yang cukup anda boleh menyewa kedai anda sendiri.Namun perlu diingat lokasi amat penting dalam pemilihan kedai supaya orang ramai mengetahui kedai anda tersebut.Anda juga perlu mengkaji keadaan setempat,pesaing pernigaan anda dan juga bajet kewangan anda.
  • Kreativiti dalam pembuatan coklat sangat penting.Anda perlu menghasilkan sesuatu yang berbeza dari pesaing anda supaya anda dikenali dengan keunikan coklat buatan tangan tersebut.Mungkin perasa colat boleh dipelbagaikan atau bentuk yang menarik untuik memikat pelanggan anda.Kerana sudah lumrah manusia yang sukakan kecantikan dan keunikan sesuatu benda,
  • Belajar menghasilkan coklat yang bermutu sangat penting.Jika anda google di internet anda akan mendapat  pelbagai resepi coklat buatan tangan.Dengan mempelajari lebih banyak lagi anda akan dapat menghasilkan pelbagai jenis coklat yang bermutu tinggi.Lembaga Koko Malaysia juga menyediakan kursus khusus untuk mempelajari pembuatan coklat.
  • Akhir sekali anda perlu mempunyai semangat juang yang tinggi kerana bukan mudah untuk memulakan sesuatu perniaggan.Terdapat pelbagai cabaran dan dugaan dalam pernigan coklat buatan tangan yang bakal anda tempuhi.Jika anda telah memilih untuk melakukan perniagan ini,anda perlu meletakkan matlamat untuk meletakkan jenama anda sebaris dengan jenama terkenal.

Louis Barnett Usahawan Coklat Termuda
Bayangkan anda adalah Louis Barnett

Langkah-langkah ini merupakan langkah asas dalam sesebiah perniagaan.Dapatkan pelbagai nasihat daripada mereka yang telah berpengalaman dalam bidang ini.Jangan ketinggalan untuk mendapatkan ebook  Pakar Coklat buatan tangan ini.Semoga anda menjadi ahli perniagaan yang sukses.

p.s Anda boleh menggunakan artikel saya ini dengan syarat anda perlu kredit kepada Blog LittleFairuz supaya lebih ramai lagi usahawan coklat buatan tangan dapat dilahirkan di Malaysia.



Tiada ulasan:

Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...