Selasa, 1 Mac 2011

Bagaimana memulakan perniagaan online melalui drop shipping di Malaysia






Tentu ramai yang di luar sana ingin memulakan perniagaan secara online betul tak?.Tapi macam-macam masalah pulak bila nak memulakan perniagaan online.Antaranya
 1) Mana nak cari stok
2) Berapa lama kena simpan stok
3) Berapa modal yang diperlukan 
4) Macam mana nak hantar pada pelanggan
....... dan banyak lagi.


Jadi salah satu penyelesaian tersebut adalah melalui drop shipping.Apa drop shipping ni?
Kalau ikut definisi dari Wikipedia drop shipping ni sebenarmya adalaah salah satu teknik pengurusan rantaian bekalan (supply chain management technique) . Caranya peruncit (retailer) tidak meyimpan stok atau bekalan dan urusan tempahan dan penghantaran dilakukan oleh pemborong atau pengilang. Tapi peruncit masih lagi boleh mendapat untung.


Bagaimana nak mula drop shipping ni?




Jenis produk dan sasaran pasaran
Anda perlu merancang produk apa yang perlu dijual dan siapa kumpulan sasaran anda.Contohnya jika produk adalah pakaian muslimah,tentulah kumpulan sasaran yang sesuai adalah wanita yang bekerjaya atau yang belajar di IPTA/IPTS. Jika anda dapat kecilkan skop atau disebut sebagai niche itu adalah lebih baik kerana anda dapat fokus semasa melakukan promosi.



Perlu difikirkan juga adakah pasaran bagi sesuatu produk tersebut masih ada ruang atau tidak.Jika terlalu ramai pesaing mungkin anda perlu fikirkan kenapa produk anda boleh dijual.
Jika anda ingin mendapatkan keuntungan dalam waktu yang cepat,mungkin mencari produk popular atau mengikut musim lebih sesuai.Contohnya Hari Raya, produk yang sesuai seperti baju raya, kuih-muih,bekas atau balang kuih atau perhiasan rumah.

Cari pembekal atau pengedar 
Kenapa tak cari pemborong atau pengilang.Sebab anda kena tempah dalam kuantiti yang banyak.Pemborong dan pengilang boleh memberikan kita dengan harga yang murah tapi anda perlu beli dalam kuantiti yang banyak.Jadi lebih baik anda cari pembekal yang boleh menghantar 1 produk sahaja kepada pelanggan anda.


Mungkin anda boleh meyakinkan pembekal tersebut untuk memberi harga borong dengan jaminan yang anda akan sentiasa mendapatkan bekalan dari pihak tersebut.Jadi anda perlu mendapatkan kepercayaan dari pembekal kerana saling percaya dan amanah sangat penting dalam apa jua bidang.




Tindakan Anda
Anda boleh membaca pelbagai sumber tapi yang paling penting adalah tindakan anda untuk melakukannya.

2 ulasan:

Zikri Husaini berkata...

menjadi pengedar di edy mart ni.. barang2 dia banyak tak???

ctferozz berkata...

Setakat ini,edymart akan fokus kepada fesyen Muslimah kerana demand yang tinggi.Sebelum ni ada juga barangan kesihatan tapi atas sebab-sebab tertentu terpaksa dihentikan buat sementara waktu ni.Nak tgk produk2 ni boleh tgk kat kat sini http://bit.ly/frXWrG .

Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...