Rabu, 13 Jun 2012

Snow White and The Huntsman : Antara Cerita Dongeng dan Realiti

     Baru hari ini dapat peluang menonton cerita Snow White and Huntsman bersama-sama rakan sekerja. Dari cerita dongeng yang biasa dibaca menjadi satu filem di luar kebiasaan.Rasas teruja sambil meneliti watak dan jalan cerita seorang wanita ( Kristen Stewart) yang bangkit menentang kekajaman wanita ( Charlize Theron)yang telah merampas tahkta ayahanada yang tercinta.

         



Selaian itu,kecintaan wanita pada kecantikan yang hakiki dan immortaliti sehingga sanggup membunuh nyawa yang tidak berdosa semata-mata ingin kekal cantik dan menarik hanya untuk diri sendiri.Rasa kasih dan sayang antara adik beradik sehingga si adik sanggup melakukan kerja kotor untuk kakaknya tetapi kakaknya tidak dapat membantu adiknya sendiri kerana dia tidak terdaya.

Jika kita lakukan refleksi terhadap diri sendiri,tentu kita dapat melihat watak-watak ini dalam kehidupan kita seharian.Adakah kita selalu menurut perintah atau cuba menegakkan kebenaran dengan cara kita sendiri?Adakah kita akan sentiasa muda jelita dan menolak hakikat bahawa setiap hari kita menempuh hari tua yang mematangkan usia dan fikiran kita.

Perjuangkanlah yang benar dengan cara yang halus dan memberi impak positif bukan saja pada diri  sendiri malah pada bangsa dan negara bukan cara dengan berperang kerana kita berada pada zaman yang penuh dengan ideologi palsu.


Tiada ulasan:

Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...