Sabtu, 20 Februari 2010

KARNIAWAN KE-7,UMK,KELANTAN

Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa IPTA (KARNIAWAN) ke-7 kali ni buat kat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari 15 Februari sampai 18 Februari yang lepas.Memang best sangat sebab pengalaman baru.

Tapi nak gi sana tu punya la jauh dan memenatkan.sakit pinggang duk lebih 9 jam kat kereta. bayangkan kami dari UUM yang di utara ni ke timur tu Dengan jalan yang bengkang bengkok.Tapi bila tengok tasik Banding kat Hutan Belum tu perghhhh memang best. Pemandangan yang cantik ngan air tasik yang hijau tu buat kitorang rasa tenang dan hilang boring duk dalam lereta lama sangat. One day aku nak gi jugak kat sana.hehee

 1st day
Bila sampai kat sana rasa bersemangat pulak.yela nak bertanding kan.Kami sampai dalam pukul 5 lebih and lepas check in terus masuk bilik.besar giler room yang kitorang dapat.4 orang satu bilik and setiap orang ada katil,almari and tempat belajar sendiri.semuanya nampak bary jerk.uni kan baru lagi.Dari tingkat atas boleh nampak  Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Malam pulak aku n d group berlatih tuk pertandingan RP untuk esok. ish berdebar jerk masa tu hanya Allah je yang tau.

2nd day
Esok pagi,pukul 8 dah turun n kitorang makan.walaupun kitorang present pukul 11 tapi dah tercatuk kat depan tengok peserta lain. bila tengok diorang present tu boleh gak prepare jawapan bila judge tanyer nanti.Bila giliran kitorang sampai jer,terketaq jugak la.ada gak tersasul bila cakap. Tapi bila juri bagi komen positif wahhh lega rasanye.

Pukul 2 pulak kitorang gi Nordin Batek. kat sini ada kilang buat baju batik and showroom sekali.Kalau ada saper2 nak tempah batik pun diorang terima jugak.so saper2 yang nak tempah bolehla ke sini yer. bila masuk showroom memang banyak sangat baju batuk ngan macam2 warna dan rekaan tapi tengok je la.sebab harga ye mahal sangat.Al maklumlah kitorang ni student mana ada duit nak beli batik yang mahal ni. tapi sempat jugak la merasa mencanting batik.bukan senang tau.

3rd Day
Hari ni ,hari untuk shopping hehehe.coz kitorang tak der aktiviti jadi petang kitorang gi jalan2 n shopping.sempat jugak gi Pantai Cahaya Bulan.ombak kat situ memang tinggi n tak boleh mandi tau.bahaya!!. malam tu kitorang gi wakaf Cek Yeh.Kepda para wanita yang suka memborong boleh la pergi ke wakaf Cek Yeh ni and borong la sebanyak mungkin.aku pun dah habis seratus lebih beli kain kat sini untuk family and aku.harga pun murah .macam3 barang ada.

4th Day
Last day of KARNIAWAN.hari yang paling ditunggu sebab hari ni semua keputusan pertandingan akan diketahui.memang berdebar menuggu keputusa,bila keputusan keluar kitorang rasa syukur sangat walaupun dapat 2nd place tuk kategori rancangan perniagaan terbaik. 

Jam 3 kitorang berangkat pulang ke tempat masing2.memang syok sangat dapat melawat tempat orang ni.masa balik sempat singgah kat banjaran titiwangsa amik gambar.tempat yer memang cantik ngan hutan yang tak terusik tu. Satu kenangan yang takkan aku lupakan.....



gambar ni amik masa dlm perjalanan balik.cantik sangat tempat ni  

2 ulasan:

daun kesum berkata...

waa,.,

gi UMK,.

dekat jgkla ngn umah cikti,,
(tp xla dekat sgt2,.,)ehehe.

fairuz berkata...

oh ye ker..best gak kat sana sebab dapat beli kain cantik2 murah sangat.lain tahun nak gi melancog ke sana lagi

Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...