Isnin, 31 Mei 2010

UPIC 2010 yang best

Akhirnya selepas tiga minggu berada di UPIC, berjaya juga aku mengharunginya. Camp ni memang best sangat banyak benda yang aku belajar kat sini dan segala aktiviti kat camp ni sebagai simulasi kepada suasana bekerja.
Terima kasih banyak-banyak kat pihak Airgate Media Networks dan juga pihak UUM serta KPT yang menjayakan program. Semoga aktiviti ini akan diadakan setiap tahun sebagai landasan bagi membantu para graduan menghadapi dunia pekerjaan yang sangat mencabar.

Selama 3 minggu di sana terlalu banyak aktiviti dijalankan.Antaranya ESQ 165 selama dua hari berturut-turut , paintball war game di Tanamera ,Microsoft Excel Test, dan self development bersama trainers yang hebat-hebat belaka.

Tapi yang paling best sekali masa main paintball.First game memang rasa takut, tangan siap menggeletar lagi tapi bila dah masuk second game dah mula berani and tak takut lagi ngan peluru yang menyakitkan tu. Walaupun tak puashati coz tak main third and fourth game coz hujan lebat tapi pengalaman waktu tu sangat berguna. Dari situ aku dah tahu kelemahan dan kekuatan aku.Waktu outdoor ni la aku lebih mengenali sikap sepasukan dan mengenali diri sendiri. Jadi kepada yang berminat nak main paintball ni boleh la contact diorang kat facebook Moorish Idol.

Terima kasih kepada Puan Anis dan krew dari Airgate yang menguruskan program ni.

Tiada ulasan:

Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...