Buku ini menerangkan kaitan keusahawanan dengan Islam serta isu-isu dalam keusahawanan seperti anggapan bahawa keusahawanan Islam (Islamic Entreprenuership) hanyalah satu label.Buku ini juga menyedarkan saya bahawa untuk menjadi seorang usahawan muslim yang baik perlu menepati beberapa kriteria serta menjadi hamba Allah yang baik.Dalam bab ' Model Perlakuan Usahawan Mukmin' Adnan Alias menjelaskan mengenai model keusahawanan Islam.Melalui model ini beliau menjelaskan bahawa segala nikmat yang kita miliki adalah milik Allah dan kita hanyalah meminjam hanya untuk sementara.
Jika kita memahami model ini,banyak perkara yang wajib kita lakukan akan kita tunaikan.Sebagai contoh kewajipan memunaikan zakat.Berapa ramai di antara kita yang membayar zakat dan memahami zakat yang perlu kita tunaikan. Jika anda adalah seorang usahawan adakah anda menjelaskan zakat perniagaan anda?? Bagaimana pula dengan bersedekah?Adakah cukup sedekah yang kita lakukan selama kita hidup?Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan anda semua untuk merenungkan kembali nikmat yang kita miliki sepanjang kita hidup dan berubah menjadi umat yang terbaik untuk membangkitkan semula kegemilangan Islamyang telah hilang.
' Allah Maha lemah lembutterhadap hamba-hambanya.Dia memberi rezeki kepada mereka yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa...'( Asy-Syuura:19)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan