Khamis, 28 Oktober 2010

Bolehkah Perempuan Hidup Tanpa Fesyen ??



Fesyen ,fashion,fesyen.Bunyi sama tapi ejaan berbeza.Ada macam-macam fesyen sekarang ni dari fesyen tudung ,fesyen beg,fesyen baju,fesyen ikut artis,pakaian dalam pun ada fesyen tau!!.


Sama juga dengan manusia yang bernama perempuan.
Walaupun dia adalah seorang perempuan atau wanita setiap dari mereka adalah individu yang berbeza .Dipendekkan cerita saya bukan seorang penggemar fesyen. Bagi saya , fesyen comes and go.Hari ni fesyen lain esok dah fesyen lain pulak.Pening dibuatnya. 


Saya lebih suka pakai t-shirt dan jeans lagi selesa. Tapi bila nak guna untuk formal menggelabah sebab tak ada yang sesuai langsungMySpace. Tapi hidup lagi sampai sekarang walaupun mak selalu marah sebab anak perempuan yang seorang ni susah sangat nak pakai cantik-cantik,bedak pun letak nipis jer,krim yang mak beli selalu sangat lupa sebab berminyak dan melekit.. Jangan marah yer mak nanti cepat tua. MySpace


Tapi adik perempuan yang lain cukup suka dengan fesyenMySpace.Adik yang tingkatan 4 selalu sangat tengok tudung yang entah apa namanya dan sanggup kumpul duit semata-mata nak beli tudung kegemaran.
Kepada anda yang bernama wanita berfesyen biarlah besederhana dan tak membebankan hidup anda ok.MySpace

Tiada ulasan:

Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...