Isnin, 3 Mei 2010
Air Jambu Special, sedapnya..................
Fuhhh panas betul sekarang ni.Kulit pun dah terbakar dan tukar warna sekarang ni.. Yang penting banyakkan minum air masak.
Ok sekarang nak cerita pasal air jambu pulak.Semalam keluar pergi Changloon beli tiket balik KL dengan sorang kawan ni.Alhamdulillah ada tiket balik kalau tak kena la jadi jaga kat UUM ni. Lepas tu kitorang gi CMart. Satu-satunya mall yang agak besar kat Changloon ni.On the way tu nampak laa pulak sorang mak cik ni jual air jambu kat tepi jalan. Apa lagi membeli-belah la kat gerai mak cik tu. emmmmmmm sedapnya bila air jambu yang sejuk dan masam manis tu masuk dalam tekak ni. tak samapai 15 minit dah habis pun air jambu tu.
Ada dua jenis air jambu yang selalu dijual iaitu air jambu biasa dan air jambu special. Apa bezanya??Air jambu special ada serbuk asam tapi air jambu biasa tak ada serbuk asam. Jadi harga untuk air jambu special RM 2 compare air jambu biasa RM 1.50.Tapi ni harga kat sini.tak tau la kat tempat lain.
Kalau buat bisnes air jambu masa tgh panas ni mesti laku tapi tempat kena la strategik. Macam mak cik tu, gerai dia kat tepi mall so orang yang datang mesti nampak .Pastu jambu kena ada kualiti jugak baru bisnes boleh maju.
nak buat jus klik sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
fuhh, air jambu tu memang sedap lah. tk payah cakap lah betapa sedapnya, memang bila minum, rasa nikmat gila kot!
heheheh time panas mcm sekarang ni lagi sedapp
wah mantab benar nih artikel, bermanfaat bgt sob, mmpir balik ya
Catat Ulasan