Sabtu, 22 Januari 2011

RM 20 Juta Dana Belia 1Malaysia (DB1M)

Adakah anda memasang impian untuk membawa perubahan kepada remaja Malaysia pada hari ini ?.Jika jawapannya adalah YA, anda mungkin boleh memohon Dana Belia 1Malaysia (DB1M)  berjumlah RM 20 juta  yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri.Program ini di bawah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

DB1M sebenarnya adalah untuk mempromosikan perpaduan di kalangan belia Malaysia. Jadi program ini bertepatan  dengan tema 1 Malaysia.

Apa projek yang DB1M terima? Apa sahaja yang melibatkan remaja dan perpaduan.Anda boleh semak contoh-contoh program yang boleh anda lakukan di sini. Antaranya aktiviti komuniti,alam sekitar,kebudayaan, sukan dan lain-lain lagi . Pastikan projek anda tidak termasuk dalam kategori berikut ; untuk keprntingan peribadi ,aktiviti politik dan aktiviti pengunpulan dana.

Siapa pula yang layak untuk join program Dana Belia 1Malaysia (DB1M) ni ? 
  • Individu berumur 15 hingga 40 tahun
  • Pertubuhan Belia
  • NGO yang berdaftar dan mempromosikan pembangunan belia
Jadi jika anda ingin impian anda menjadi kenyataan ,apa kata anda fikir-fikirkan projek apa yang sesuai untuk para remaja di Malaysia. Kemudian hantarkan cadangan anda ke 1MDB dengan mengisi borang permohonan melalui online atau melalui pos. Jadi sebelum anda hantar permohonan anda pastkan itu adalah yang muktamad kerana anda tidak boleh mengubah setelah permohonan anda dihantar. Pastikan anda membaca panduan yang diberikan sebelum anda menghantar permohonan ke Dana Belia 1Malaysia (DB1M) .

Satu program realiti tv juga akan diadakan untuk merialisasikan impian remaja Malaysia.Untuk maklumat lanjut sila ke laman web Dana Belia 1Malaysia (DB1M).



Video Dana Belia 1Malaysia Reality Show








2 ulasan:

Faizal Syukri @ Peja berkata...

wah, menarik ni... TQ 4 da info.. :D

ctferozz berkata...

Sama-sama.tgh dok fikir ape nak buat untuk remaja Malaysia

Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...